Cinta Yang Terlarang

May 17th, 2008 by jesnita-max
Hakikatnya aku di dalam dilema… Aku tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan aku… Makin dipendam dan disimpan makin sakit rasanya… Ingin luahkan tapi tak berdaya… Kesal kerana diri terlalu lemah… Tapi… Sekiranya makin disimpan kesannya pasti membuatkan aku derita… Aku tau dia memahami… Hakikatnya bagaimana pun kami tak mungkin dapat bersama… Mencintai dan menyayangi seseorang sebenarnya amat sukar bagiku kerana cintaku untuk yang terlarang… Makin bersama makin kuat perasaanku kepadanya dan semakin jauh maka bertambah kuat rinduku padanya… Ku tahu perasaan dia kepadaku juga sama sepertiku tetapi dia juga tahu hakikatnya kami tak mungkin bersama… Oh Tuhanku… Apa salah dan dosaku… Kenapa ku mencintai seseorang yang bukan boleh menjadi milikku untuk selama-lamanya… Adakah aku ditakdirkan hidup keseorangan sampai bila-bila… Kesedihanku terpaksa ku tanggung seorang… Tiada siapa yang peduli tentang diriku… Apa yang aku harapkan ini ialah moga suatu hari aku dapat menemui jalan untuk ketenangan diriku… Kepada si dia… Aku akan doakan engkau agar menemui seseorang yang boleh mencintai dan dicintai kau.. Yang sanggup berkorban untuk kau… Yang sanggup berkongsi suka dan duka… bahagia dan derita bersama kau… Suatu hari aku akan pergi dari hidup kau… Nantikanlah ketibaan pada hari itu… Selamat Tinggal Sayangku…

Seiring Dan Sejalan

September 17th, 2006 by jesnita-max

ang hmmm… Kebanyakkan sekarang ni Cinta Dan Sex Dah macam seiring dan sejalan…. kalau yang bukan islam takper laa… tapi yang islam ni… aduih macam macam hal berlaku… kononnya nak tiru barat tapi tak tau kita ni apa sebenarnya… tak salah kalau nak bercinta tapi sex ni, lepas nikah yang sah kan bagus… baru ada feel.. tapi bila dah sex sebelum kahwin… di malam pertama perkahwinan dah macam takder seri… mulalah timbul perasaan tak puas hati, nak cari lain, dan macam macam lagi yang boleh membawa ke arah penceraian… anak-anak muda sekalian.. kalau awak bercinta, biarlah berlandaskan kasih sayang dan bukannya nafsu… ingatlah api kat neraka tu sangat panas…. bayangkanlah sendiri… kalau api kat dunia ni dah panas… apa lagi kat sana nanti… 7 kali panasnya wooo… renungkanlah sendiri…..

Hari Ini Dan Segala-galanya

June 4th, 2006 by jesnita-max
Hari ini…
Kau pergi akhirnya…
Kau pergi jua…
Kau tinggalkan segala-galanya…
Hari ini…
Aku kecewa…
Aku merana…
Aku hilang segala-galanya…
Hari ini…
Bukan semalam…
Bukan kelmarin…
Bukan esok, lusa atau segala-galanya…
Hari ini…
Tinggal duka…
Tinggal sengsara…
Tinggal kesedihan untuk segala-galanya…
Namun…
Aku mesti hidup…
Untuk terus berjaya…
Demi hari ini dan segala-galanya…