Cinta Yang Terlarang

Hakikatnya aku di dalam dilema… Aku tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan aku… Makin dipendam dan disimpan makin sakit rasanya… Ingin luahkan tapi tak berdaya… Kesal kerana diri terlalu lemah… Tapi… Sekiranya makin disimpan kesannya pasti membuatkan aku derita… Aku tau dia memahami… Hakikatnya bagaimana pun kami tak mungkin dapat bersama… Mencintai dan menyayangi seseorang sebenarnya amat sukar bagiku kerana cintaku untuk yang terlarang… Makin bersama makin kuat perasaanku kepadanya dan semakin jauh maka bertambah kuat rinduku padanya… Ku tahu perasaan dia kepadaku juga sama sepertiku tetapi dia juga tahu hakikatnya kami tak mungkin bersama… Oh Tuhanku… Apa salah dan dosaku… Kenapa ku mencintai seseorang yang bukan boleh menjadi milikku untuk selama-lamanya… Adakah aku ditakdirkan hidup keseorangan sampai bila-bila… Kesedihanku terpaksa ku tanggung seorang… Tiada siapa yang peduli tentang diriku… Apa yang aku harapkan ini ialah moga suatu hari aku dapat menemui jalan untuk ketenangan diriku… Kepada si dia… Aku akan doakan engkau agar menemui seseorang yang boleh mencintai dan dicintai kau.. Yang sanggup berkorban untuk kau… Yang sanggup berkongsi suka dan duka… bahagia dan derita bersama kau… Suatu hari aku akan pergi dari hidup kau… Nantikanlah ketibaan pada hari itu… Selamat Tinggal Sayangku…

Leave a Reply